fb fb fb fb fb

Eksport lada Malaysia ke Jepun cecah 49%

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin

KULAI, 19 Julai -Malaysia muncul antara lima negara pengeluar utama lada dalam kalangan anggota Komuniti Lada Antarabangsa (IPC). 

Menurut Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin, eksport lada negara melonjak 24 peratus tahun lalu berbanding pada 2023. 

Katanya, 49 peratus eksport lada Malaysia dihantar ke Jepun, membuktikan pengiktirafan antarabangsa terhadap kualiti produk tempatan. 

"Tahun lalu, kita eksport lebih kurang RM180 juta lada. Walaupun tidak sampai 6,000 tan dengan kuantiti yang kecil tetapi nilainya sangat besar. Sebab itu, Lembaga Lada Malaysia (MPB) tidak mahu perladangan lada ini tidak terhad di Sarawak sahaja, tetapi kita menggalakkan penanaman lada diseluruh Malaysia, terutamanya di Johor,"katanya kepada pemberita, di sini.

Datuk Chan Foong Hin juga berkata, penanaman lada akan diperluas ke seluruh negara, dengan bantuan MPB merangkumi penyediaan benih, baja dan sokongan teknikal kepada usahawan.

Produk hiliran baharu seperti aiskrim lada, sambal lada serta kopi dan teh berperisa lada, juga semakin mendapat sambutan.

TETITIA YUSOFF