fb fb fb fb fb

Ekonomi MADANI berpaksi kepada usaha perkasa rakyat - Anwar

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Kadar gaji dan saraan penjawat awam harus setimpal dengan keadaan semasa selepas 12 tahun tidak dikaji.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ekonomi MADANI berpaksi kepada usaha dan upaya dalam memperkasa rakyat termasuk penjawat awam.

"Pagi tadi saya telah mengumumkan secara rasmi berkenaan kenaikan gaji penjawat awam yang berpangkal serta berpaksi pada aspek prestasi, disiplin dan ketangkasan sebagai menyemangati kerangka besar reformasi pasukan penjawat awam.

"Saat kita mempertegas kebajikan penjawat awam, rakyat terbanyak tidak pernah dikesampingkan.

"Malah, pelbagai bantuan telah ditingkatkan sejak tahun lalu melibatkan pelbagai lapisan dan golongan masyarakat," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Anwar turut memberi kepercayaan tinggi kepada penjawat awam dalam usaha melonjakkan negara ke tahap lebih baik.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM