(Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri/Foto fail Bernama)
SITIAWAN, 14 Februari- Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan dirumahnya semalam, selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di Sitiawan, Perak.
Hasil pemeriksaan, sebanyak 3.45 kilogram dadah jenis ganja dan 440 gram dadah jenis heroin dirampas.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan memaklumkan, suspek mempunyai lapan rekod kesalahan jenayah lampau.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis Morphine.
Suspek disyaki mula aktif dengan aktiviti pengedaran dadah sejak 2021.
(Foto PDRM)
Kesemua dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan dan boleh diguna untuk 9,000 penagih.
Polis turut menyita tiga buah kenderaan dan jumlah keseluruhan rampasan dadah bersama harta bernilai sebanyak RM220,750.
Suspek direman tujuh hari bermula Isnin hingga 19 Februari.
Kes disiasat bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.