fb fb fb fb fb

Econsave, MyCARE sumbang kelengkapan sekolah kepada sekolah ESAS di Kabul

Foto RTM

KABUL, 20 Julai -Sekolah swasta ESAS di Kabul, Afghanistan menerima sumbangan kelengkapan persekolahan untuk pelajar termasuk anak-anak yatim menerusi misi kemanusiaan anjuran Mycare bersama Econsave.

Pengurus besar Econsave Mas Imran Adam berkata, sumbangan berupa beg sekolah, pakaian sekolah dan peralatan pembelajaran.

Katanya, Sekolah ESAS yang diusahakan badan bukan kerjaan (NGO) tempatan, kini menampung hampir 400 pelajar dan 50 daripadanya adalah anak yatim.

"Hari ini kita berada di sekolah ESAS. Sekolah ini menempatkan 400 orang pelajar tetapi 50 daripada pelajar ini merupakan anak yatim. Jadi untuk sekolah ini apa yang kita lihat, sekolah ini terpaksa buat sekolah dua sesi kerana sekolah yang kecil dan pertambahan pelajar yang begitu banyak.

"Jadi untuk program hari ini kita ada membuat sumbangan beg sekolah, pakaian sekolah, peralatan sekolah kepada 50 orang anak yatim ini. Jadi kami harap bantuan ini dapat meringankan sikitlah perbandangan mereka yang terpaksa membeli kelengkapan sekolah itu,"katanya kepada pemberita, di sini.

Konflik berpanjangan di Afghanistan dan pertambahan mendadak jumlah penduduk antara penyebab ramai pelajar tercicir dan tidak mendapat akses kepada pendidikan. 

Kerjasama antara rakyat Malaysia, Econsave dan Mycare Malaysia diharapkan dapat diteruskan menerusi pelaksanaan lebih banyak projek bantuan pada masa akan datang.

"Bersempena misi ke Afganistan anjuran bersama Humanitarian Camp Malaysia dan Ekonsep Kesingkari. Pada hari ini kami dibawa ke sebuah sekolah swasta yang dioperasikan oleh NGO ESAS. Dan sekolah ini menggambarkan bahawa perlunya pendidikan anak-anak di Afganistan ini terlalu kurang disebabkan oleh serangan dan penjajahan oleh tentera Amerika sebelum ini," katanya.

Misi seperti ini bukan hanya membawa harapan kepada anak-anak yatim di sini, tetapi turut memperlihatkan komitmen rakyat Malaysia dalam membantu masyarakat yang memerlukan, tanpa mengira sempadan negara.

TETITIA YUSOFF