fb fb fb fb fb

eBeliaRahmah: Penerima diingatkan tidak tukar kepada tunai, elak jadi mangsa tipu

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Penerima bantuan program eBeliaRahmah diingatkan agar tidak cuba menukar kredit RM200 ringgit yang diterima kepada wang tunai.

Peringatan Kementerian Kewangan (MoF) itu bagi mengelakkan penerima bantuan daripada menjadi mangsa penipuan.

MoF mengakui terdapat kes penerima menjadi mangsa penipuan selepas memilih untuk menggunakan ‘khidmat menukar kredit kepada wang tunai’ yang ditawarkan di platform media sosial.

(FOTO HIASAN)

Menurut MoF, tidak ada keperluan bagi penerima menukar kredit eBeliaRahmah kepada wang tunai sekali gus merisikokan mereka kepada penipuan, kerana dana itu boleh digunakan di lebih 1.7 juta perniagaan di seluruh negara dan untuk membayar perkhidmatan serta pembelian secara dalam talian melalui DuitNow.

MoF berkata, cubaan untuk menunaikan dana tersebut akan mengagalkan matlamat sebenar program itu yang bertujuan membantu belia berusia 18 hingga 20 tahun, serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa membiasakan diri dengan kemudahan pembayaran tanpa tunai.

Pada masa sama membantu meringankan beban kewangan mereka.

Media Baharu