fb fb fb fb fb

Korban: 4 ekor lembu diagihkan kepada asnaf di Labuan

(Gotong-royong sempena Program Korban Perdana, Kg Sungai Labu)

LABUAN, 1 Julai- Penganjuran Program Korban Perdana menjadi tradisi UMNO Bahagian Labuan dalam mengimarahkan ibadah korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
 
Kemeriahan sambutan itu dikongsi bersama kepimpinan masyarakat di bawah Kerajaan Perpaduan.
 
Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan berkata, ibadah korban pada kali ini membabitkan empat ekor lembu yang akan diagihkan kepada penduduk asnaf di sekitar Labuan.
 
Selain itu, lebih 400 ahlinya hadir bersama melaksanakan ibadah itu secara bergotong-royong.


(Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Datuk Alli Hassan)

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia memaklumkan, kehadiran kepimpinan Kerajaan Perpaduan menjadi contoh yang terbaik khususnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan terjalinnya semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin.

"Dengan gandingan mantap parti-parti kerajaan perpaduan yang ada di Labuan ini, kita akan bawa dan menyelesaikan permasalahan yang ada di Labuan kita satukan suara, pemimpin Labuan rakyat Labuan untuk kita angkat untuk menyelesaikan membawa Labuan ke hadapan insya-Allah yang lebih maju", katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Korban Perdana di perkarangan Masjid Al-Ehsan Kg Sungai Labu.
 
Tambah beliau, program sedemikian akan diteruskan pada masa akan datang bagi memeriahkan sambutan Aidiladha di lokasi yang berlainan.
 

Media Baharu