fb fb fb fb fb

Korban Perdana, jamuan rakyat BN, 27 ekor lembu ditumbangkan

(Lebih 10,000 penduduk hadir untuk memeriahkan program tersebut/BERNAMA)

KEMAMAN, 1 Julai- Sebanyak 27 ekor lembu ditumbangkan sempena program Korban Perdana dan Jamuan Rakyat Barisan Nasional (BN) yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman pagi tadi.


(TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir program Korban Perdana
dan Jamuan Rakyat BN di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman)

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO tiba di lokasi Lapangan Terbang Kerteh pada pukul 9.00 pagi tadi, sebelum diarak dan diiringi oleh kumpulan motosikal dari Pantai Kemasik hingga Pantai Penunjuk kira-kira jarak 10 kilometer.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebahagian lembu korban tersebut disembelih untuk agihan, manakala selebihnya untuk jamuan rakyat.

Lebih 10,000 penduduk hadir untuk memeriahkan program tersebut.
 

Media Baharu