fb fb fb fb fb

EAIC siasat Jabatan Perikanan berhubung pertukaran hak milik vesel

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Julai -Tindakan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) meluluskan pertukaran hak milik bot kenka dan zon vesel nelayan disahkan tidak mematuhi syarat pelesenan ditetapkan.

Hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati, tindakan tersebut bercanggah dengan dasar perikanan sedia ada.

"Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan ini kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan dua syor.

Pertama, surat teguran diberikan kepada Ketua Jabatan untuk memastikan pematihan ke atas dasar yang ditetapkan DOF. Kedua, pihak DOF diminta menyemak semula kelulusan yang diberikan kepada vesel-vesel terlibat bagi memastikan ketelusan dan pematuhan kepada pekeliling sedia ada," menurut EAIC dalam satu kenyataan.

Siasatan tersebut dijalankan berdasarkan aduan diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI