fb fb fb fb fb

e.MAS 7 dilancarkan, kenderaan rasmi ASEAN 2025

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Disember- Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, dipilih sebagai kereta rasmi bagi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelancaran berkenaan juga tanda sokongan dalam menunjukkan contoh di rantau ini selain mempromosikan pembangunan EV dan teknologi kenderaan mesra alam di Malaysia.

"Dalam masa terdekat, saya juga gembira melihat kereta ini akan dibina di Tanjung Malim, menaikkan taraf vendor Malaysia melalui pemindahan teknologi dan kemahiran baharu yang berkaitan dengan EV," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Pelancaran e.MAS 7 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) petang tadi di ibu negara.

Pada masa sama beliau berharap Malaysia dapat menunjukkan contoh di rantau ini dalam mempromosikan pembangunan EV, dengan menekankan bahawa ia adalah lanjutan kepada komitmen pelepasan karbon sifar bersih negara.

Pelancaran eMAS7 merupakan satu sejarah gemilang yang mengangkat martabat Proton dan Geely, malah meningkatkan imej keupayaan negara terutama rakyat Malaysia dalam kejayaan itu.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI