fb fb fb fb fb

Duta khas China melawat Ukraine, Rusia

BEIJING, 12 Mei- China akan menghantar duta khas ke Ukraine, Rusia dan negara-negara Eropah lain mulai Isnin, kata Beijing pada Jumaat.

Selain itu, diplomat China berpangkat tertinggi turut melawat negara yang dilanda perang itu sejak pencerobohan Moscow tahun lalu.

Beijing dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah berusaha untuk meletakkan dirinya sebagai orang tengah dengan peranan utama dalam menyelesaikan krisis dunia.

Sementara itu, China mengatakan ia adalah parti neutral dalam perang Ukraine, namun ia telah dikritik kerana enggan mengutuk Moscow atas pencerobohan itu.

Beijing kemudian mengumumkan bahawa Li, duta besar China ke Rusia dari 2009 hingga 2019 akan mengetuai delegasi ke Ukraine.

Jurucakap kementerian luar China Wang Wenbin memberitahu sidang akhbar biasa pada Jumaat bahawa tujuan lawatan Li ke Ukraine, Poland, Perancis, Jerman dan Rusia adalah untuk "berkomunikasi dengan semua pihak mengenai penyelesaian politik krisis Ukraine".

Lawatan Li menunjukkan "komitmen China untuk mempromosikan keamanan dan perbincangan", kata Wang. “Ia menunjukkan sepenuhnya bahawa China teguh memilih keamanan.

"China bersedia untuk terus memainkan peranan dalam membina lebih banyak konsensus antarabangsa mengenai gencatan senjata, pemberhentian perang, pembukaan rundingan damai, dan mengelakkan peningkatan peperangan," tambahnya.

Bagaimanapun, pemilihan Li sebagai wakil khas kerajaan China untuk Hal Ehwal Eurasia, mengejutkan.

Sejurus sebelum meninggalkan Moscow sebagai duta, beliau telah dianugerahkan pingat 'Order of Friendship' oleh Presiden Vladimir Putin.

Panggilan telefon Xi dengan Zelensky disifatkan oleh presiden Ukraine sebagai "hubungan jangka panjang dan bermakna".- AFP

(Wang Wenbin/AFP)

Media Baharu