TELUK INTAN, 12 Mei - Seorang kerani sebuah syarikat swasta mengalami kerugian lebih RM130,000 selepas terpedaya sindiket penipuan tawaran kerja sambilan secara dalam talian.
Wanita berusia 26 tahun itu menerima tawaran tersebut menerusi pesanan mesej pada 26 April lalu di rumahnya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa menyedari ditipu apabila curiga selepas diminta memasukkan wang ke akaun sindiket.
Sejak dihubungi, mangsa telah membuat 13 kali pembayaran secara dalam talian kepada empat institusi kewangan swasta dengan jumlah keseluruhan melebihi RM139,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
(FOTO HIASAN)
Hingga 11 Mei lalu sebanyak lapan kertas siasatan penipuan tawaran kerja telah dibuka di daerah tersebut membabitkan kerugian sebanyak RM267,729.
Kebanyakan mangsa berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun.