fb fb fb fb fb

Dunia Islam perlu bangkit sebagai kuasa berprinsip

Datuk Seri Anwar Ibrahim / BERNAMA

KAZAN, 16 Mei- Malaysia menyeru dunia Islam bangkit sebagai kuasa berprinsip, memperkukuh kerjasama ekonomi dan menegakkan nilai kemanusiaan sejagat.

Dalam ucaptama pada Sesi Plenari sempena dengan KazanForum Ke-16, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji keteguhan rakyat Tatarstan sebagai lambang kebangkitan dunia Islam yang berani dan berdaya tahan.

Beliau menegaskan pentingnya memperkukuh ekonomi umat melalui industri halal global dan inovasi kewangan Islam yang inklusif.

"Tetapi ada semangat yang tidak pernah menyerah, keberanian menghadapi cabaran baharu. Tarif baharu, sekatan dan tekanan geopolitik tidak akan melemahkan kita.

"Oleh itu, marilah kita bekerjasama memperkukuh asas kita, yang pastinya bermula dengan ekonomi." kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar turut menyeru pelaburan dalam tenaga baharu, kecerdasan buatan dan ekonomi digital, namun berlandaskan nilai, maruah dan keadilan.

Tambah beliau, Malaysia berdiri teguh bersama negara Islam lain dalam membina masa depan yang lebih berdaya saing dan bermaruah.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID