fb fb fb fb fb

DUN Kedah bubar pada 28 Jun

ALOR SETAR, 25 Jun - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan pada Rabu, 28 Jun ini, sekali gus memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mendapat perkenan pembubaran DUN itu selepas menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman, di sini, pagi tadi.

PRN pada tahun ini melibatkan enam negeri termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

DUN Kedah memiliki 36 kerusi dengan Perikatan Nasional (PN) memiliki komposisi kerusi tertinggi iaitu 21 kerusi; PAS mempunyai 15 kerusi diikuti Pari Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan enam kerusi.

PH pula memiliki 10 kerusi DUN, Barisan Nasional memiliki dua kerusi dan Parti Pejuang Tanah Air memiliki dua kerusi.

Februari lalu, enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan DUN masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing.

Media Baharu