fb fb fb fb fb

Dua warga emas terbabit kemalangan jalan raya, seorang daripadanya maut

SARAWAK, 7 Jun- Seorang pemandu warga emas maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Pichin Serian hari ini.

Pusat Gerakan Bomba Sarawak melaporkan, mangsa, Bernard Lohin, 63 tahun yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda bertembung dengan sebuah motosikal dalam kejadian sekitar pukul 10.52 pagi.

Mangsa dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Manakala penunggang motosikal, Mat Lumpeng, 62 tahun mengalami kecederaan.

(Penunggang motosikal, Mat Lumpeng, 62 tahun mengalami kecederaan)

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian yang dikerah ke lokasi telah membantu mengangkat mangsa yang meninggal dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut selain melakukan kerja pembersihan permukaan jalan raya akibat kemalangan tersebut.

Media Baharu