fb fb fb fb fb

Cadangan kekalkan pengeculian SST kenderaan diaju kepada Perbendaharaan

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Cadangan agar pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada kenderaan dikekalkan akan diajukan kepada Kementerian Kewangan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pengecualian itu memberi kesan positif ke arah pemulihan ekonomi negara, terutama industri automotif.

Menurutnya, sepanjang pelaksanaan pengecualian SST, jualan kenderaan mencatat prestasi memberangsangkan sepanjang.

"Saya rasa ada percaturan ataupun strategi daripada Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) sendiri. Biar saya bincang dengan belaiu lebih lanjut kerana saya rasa apa jua keputusannya ia datang daripada Menteri Kewangan.

"Tetapi selaku Menteri Pengangkutan, apabila melihat pengedar-pengedar ni dapat menjual kereta, urus niaga berjalan dengan lancar dan ini satu perkara yang memberangsangkan kerana kita ke arah pemulihan ekonomi," kata Wee.

(Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata cadangan kekalkan pengeculian SST kenderaan diaju kepada Perbendaharaan)

"Jadi, saya rasa tak apalah ini kena melihat dalam konteks keseluruhan dan apa keutamaan kita--sama ada perkara ini akan membawa kebaikan kepada semua orang, dan apa juga keputusan dibuat oleh Kementerian Kewangan akan disokong oleh Kementerian Pengangkutan kerana kita dalam kerajaan yang sama. Ia merupakan pimpinan dan tanggungjawab koletif.

"Ini satu perkara yang baiklah. Baik, saya serahkan kepada Kementerian Kewangan untuk melihat kewajaran untuk diteruskan," kata Wee ketika ditemui media selepas majlis pelancaran Atlas, aplikasi teknologi mobiliti pintar untuk kenderaan di sini.

Media Baharu