fb fb fb fb fb

Seminar Pemantapan Instiusi Keluarga platform ubah kehidupan pasangan, lebih berkualiti

PORT DICSKON, 7 Jun- Seminar Pemantapan Instiusi Keluarga merupakan platform mengubah persepsi dan kehidupan pasangan supaya lebih berkualiti, positif dan produktif.

Kursus anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Teratak Che Dah dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu antara usaha memperkasakan institusi perkahwinan daripada statistik perceraian yang semakin meningkat.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Teratak Che Dah, Datuk Sohaimi Shahadan, program berkenaan diisi dengan pengetahuan mengenai kerjasama dalam berumahtangga, kebolehan berfikir secara kritis dan teknik menganalisis pasangan untuk diaplikasi dalam perhubungan.

"Dia mengeratkan lagi kemabali hubungan suami isteri itu kerana secara tidak langsung penganjuran ini boleh membuatkan mereka membina nilai keluarga yang lebih berkualiti yang segar balik,"kata Sohaimi dalam majlis Penutupan Seminar Pemantapan Institusi Keluarga di sini.

Sebanyak 50 pasangan suami isteri menyertai seminar itu dengan pengisian menarik seperti makan malam romantik, 'bonding time' (masa ikatan) dan sesi luahan hati ke hati.

(Datuk Sohaimi Shahadan ditemu bual pada majlis Penutupan Seminar Pemantapan Institusi Keluarga)

"Kita nampak perubahan sebenarnya dari hari pertama bila peserta datang ada antara pasangan yang sebenarnya janggal yang tidak mesra tidak ramah tetapi selepas beberapa slot dijalankan kita nampak keserasian itu dah mula bergelak ketawa dah hilang stres," menurut Pakar Kepimpinan Diri dan Keluarga, Dr Azuraida Shahadan

"Program tersebut sangat memberi maknalah kepada kami berdua, dia mengenang kembali peristiwa-peristiwa lama yang baik-baik menambhakan ilmu daripada kaunselor yang ada sangat gembira," kata peserta, Kamal Jaini.

Media Baharu