PETALING JAYA, 18 Mei- Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 10.00 pagi ini.
METMalaysia memaklumkan cuaca tersebut melibatkan negeri Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor , Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian)", menurut METMalaysia.
Manakala di Sarawak melibatkan Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu dan Miri, di negeri Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Kuala Penyu dan Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.