fb fb fb fb fb

Dua wanita maut dalam nahas babit dua kenderaan

KOTA TINGGI, 20 Ogos- Dua wanita maut dalam nahas jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di jalan berhampiran FELCRA Dusun Panti di sini, pukul 10.51 pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan ll, Ibrahim Wahid memaklumkan, mangsa yang maut dikenali sebagai Titah Abd Ghani, 58 tahun dan Samsiah Abdullah, 21 tahun.

Jelas beliau, tiga lagi lelaki dan seorang wanita turut cedera dalam insiden tersebut.

Sepuluh anggota, bersama sebuah jentera dan ambulan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan kecemasan diterima.

"Pemeriksaan di lokasi mendapati empat mangsa cedera telah keluar dengan sendiri, manakala mangsa yang maut, tersepit di dalam kereta.

Kedua–dua wanita tersebut dikeluarkan menggunakan peralatan khas, dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.

(Keadaan salah sebuah kereta yang remuk akibat nahas)

Tambah beliau, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Media Baharu