fb fb fb fb fb

17 PATI ditahan cuba masuk Malaysia

KOTA TINGGI, 20 Ogos- Seramai 17 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia yang baharu mendarat di Sungai Sedili Kechil dan Teluk Ramunia, di sini, ditahan awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan, kesemua PATI berusia antara 23 hingga 53 tahun.

"Seramai 13 PATI ditahan di kawasan Sungai Sedili Kechil pada pukul 2.45 pagi selepas mendapat maklumat pendaratan kumpulan tersebut.

Seorang lagi PATI ditahan di kawasan berhampiran, manakala pada pukul 8.00 pagi di Teluk Ramunia, seramai tiga lagi PATI ditahan ketika sedang bersembunyi," menurut kenyataan itu.

(Antara PATI yang ditahan ketika cuba memasuki Malaysia awal pagi tadi)

Semua PATI dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk proses dokumentasi dan soal siasat.

Saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit mendapati kesemua mereka negatif COVID-19.

Media Baharu