Dua premis terjejas dalam kebakaran, melibatkan bangunan lama

Foto RTM

KUANTAN, 2 September – Dua premis bangunan lama terjejas dalam kebakaran, di Jalan Mahkota, disini, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Api marak di tingkat atas sebuah kedai pakaian sebelum merebak ke premis bersebelahan.
  • Kebakaran memusnahkan kira-kira 70 peratus tingkat atas kedai pakaian.
  • Kebakaran dipercayai merebak pantas kerana struktur kayu dan bangunan berusia lebih 100 tahun.
  • Operasi pemadaman melibatkan 33 anggota dari lima balai dan sembilan jentera; punca dan anggaran kerugian disiasat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Kanan Bomba 1, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.33 malam pada Selasa.

Sejurus selepas menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bergegas ke lokasi dan mendapati api sedang marak di tingkat atas sebuah premis pakaian sebelum merebak ke premis bersebelahan.

“Kebakaran memusnahkan kira-kira 70 peratus tingkat atas sebuah kedai pakaian, selain turut menjejaskan premis bersebelahan.

“Kebakaran dipercayai merebak dengan pantas berikutan struktur bangunan yang banyak menggunakan bahan kayu dan berusia lebih 100 tahun,” katanya.

Operasi pemadaman dan penyelamatan melibatkan 33 anggota dari lima balai bomba dengan kekuatan sembilan jentera.

Punca kejadian dan anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.