fb fb fb fb fb

Dua PPS tempatkan 42 penduduk terjejas banjir di Pahang

Foto hiasan

LIPIS, 25 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 42 daripada 22 orang setakat pukul 12.00 tengah hari dan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri itu.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS telah dibuka di Pahang melibatkan dua daerah iaitu Raub dan Lipis.

PPS tersebut adalah Balairaya Kampung Ulu Sungai, Raub dan Dewan Serbaguna Dato Omar Kuala Medang, Lipis.

PPS Balairaya Kampung Ulu Sungai, Raub menempatkan 23 penduduk terjejas terdiri daripada 11 keluarga.

Manakala PPS Dewan Serbaguna Dato Omar Kuala Medang, Lipis menempatkan 19 penduduk terjejas terdiri daripada 8 keluarga.

ROSLINA BINTI DIN