fb fb fb fb fb

Dua nelayan dipercayai hilang di perairan Sungai Besar

(FOTO FAIL/  BERNAMA)

SHAH ALAM, 5 Julai - Dua sekawan nelayan termasuk seorang warga emas dipercayai hilang di perairan Sungai Besar, sejak petang tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 4.24 petang. 

Katanya kehilangan kedua-dua nelayan itu dilaporkan oleh menantu seorang daripada mangsa. 

“Seorang mangsa yang dikenal pasti adalah lelaki tempatan berusia 67 tahun, manakala identiti rakannya masih tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam misi mencari kedua-dua mangsa tersebut di kawasan pesisir pantai.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu