Dua maut dalam kemalangan di Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 26 Oktober – Satu kemalangan maut membabitkan dua kenderaan berlaku di Jalan Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor, tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedua-dua pemandu, lelaki 70 dan 28 tahun, disahkan maut dalam kemalangan di Jalan Sedili Besar.
  • Tiga kanak-kanak dan dua lelaki dewasa dilaporkan cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
  • 11 anggota bomba dikerahkan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pegawai Bomba kanan Faizal Ahmad memaklumkan, mangsa yang maut merupakan pemandu daripada kedua-dua kenderaan.
 
“Mangsa yang maut masing-masing lelaki berusia 70 tahun dan 28 tahun. Tiga kanak-kanak dan dua lelaki dewasa turut cedera dalam kejadian tersebut.
 
“11 anggota digerakkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit, sementara mangsa yang cedera dibawa ke hospital oleh pasukan kesihatan,” katanya menerusi kenyataan.