fb fb fb fb fb

Dua maut, terjatuh dalam perut kapal, dipercayai hidu gas beracun

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak

SIBU, 23 Mei - Dua lelaki maut dipercayai terhidu gas beracun ketika melakukan kerja penyelenggaraan dalam sebuah kapal, pagi tadi.

Menurut Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Andy Alie, mangsa dikenali sebagai Tang Sing Kok, 54 dan Ting Tung Hu, 47.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pukul 9:21 pagi.

Seramai 12 anggota dan pegawai bomba kemudiannya diarah ke lokasi kejadian di sebuah limbungan kapal di Jalan Lanang, di sini.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam perut kapal ketika sedang melakukan kerja mengepam air sebagai persediaan untuk kerja kimpalan.

Pasukan bomba bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.

Mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI