BINTULU, 23 Mei - Seorang lelaki ditemukan rentung selepas lori muatan kelapa sawit yang dipandunya terbakar di Jalan Kidurong di Bintulu, pagi tadi.
Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menyatakan, mangsa dikenal pasti sebagai Mugai Juming, 59.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pukul 9.55 pagi.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu kemudiannya ditugaskan ke lokasi kejadian.
Mereka mendapati kebakaran melibatkan bahagian hadapan lori tersebut.
Mangsa ditemukan rentung di bahagian tempat duduk pemandu.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.