fb fb fb fb fb

Dua keluarga asnaf di Pulau Pinang terima sumbangan

Datuk Fahmi Fadzil dan KSU Kementerian Datuk Seri Fauzi menyerahkan sumbangan kepada asnaf yang kehilangan kaki akibat kencing manis

BUKIT MERTAJAM, 14 September - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga asnaf menerusi Ziarah Kasih Komuniti MADANI di Kubang Semang di sini.

Salah seorang asnaf merupakan kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Mohammed Yusnizam Yusop, 42, yang kehilangan kaki akibat kencing manis.

Yusnizam Yusop, 42, direhatkan sementara selepas pembedahan pemotongan kaki akibat kencing manis yang dijalani di Hospital Seberang Jaya pada Jun lalu.

“Terima kasih kepada Menteri Komunikasi yang sudi datang melawat saya. Saya gembira dengan kehadiran beliau sempena Hari Malaysia walaupun kaki saya terpaksa dipotong,” katanya kepada RTM

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa berkata inisiatif anjuran Jabatan Penerangan itu bertujuan menyantuni komuniti MADANI dengan menyampaikan sokongan moral dan keprihatinan masyarakat sekeliling.

"Semoga kedua-duanya dikurniakan kesembuhan dan kekuatan untuk terus tabah menghadapi ujian ini.

Datuk Fahmi dan Datuk Mohamad Fauzi meluangkan masa sejam bersama keluarga dan menyerahkan bantuan barangan keperluan serta kewangan, selain menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga asnaf lain.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini melawat kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai, Mohammed Yusnizam Yusop yang kehilangan kaki akibat kencing manis di Kubang Semang.

Mohammed Yusnizam Yusop, 42, yang berkhidmat di MBSP sejak 2004, terpaksa direhatkan sementara selepas menjalani pembedahan pemotongan kaki pada Jun lalu di Hospital Seberang Jaya.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Menteri Komunikasi yang sudi datang melawat saya. Kaki saya terpaksa dipotong akibat kencing manis, namun saya gembira dengan kehadiran beliau sempena Hari Malaysia ini,” katanya.

Fahmi meluangkan masa kira-kira sejam bermesra dengan keluarga berkenaan dan menyerahkan bantuan barangan keperluan serta kewangan bagi meringankan beban mereka.

GRACE AISYAH KEDAYAN