fb fb fb fb fb

Dua terkorban dalam nahas dua helikopter TLDM

Tangkap layar video tular di media sosial

LUMUT, 23 April- Sekurang-kurangnya dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terkorban dalam nahas dua buah helikopter di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang mengesahkan perkara itu berkata, nahas pada pukul 9.30 pagi itu melibatkan 10 hingga 13 orang, namun angka sebenar mangsa belum dapat dipastikan.

Nahas berlaku ketika anggota terbabit menjalankan latihan di Stadium TLDM sempena sambutan Hari TLDM yang bakal diadakan pada 25 April hingga 5 Mei ini.

"Kejadian tersebut disebabkan oleh perlanggaran dari arah belakang sewaktu latihan udara diadakan.

"Sebanyak dua buah helikopter milik TLDM jenis 'FENNEX' terhempas ke dalam kolam renang dan jenis 'HOME' ke stadium bola sepak," katanya dalam kenyataan.

Mohd Yusri berkata, kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) TLDM untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

ARTIKEL BERKAITAN
Dua helikopter TLDM terhempas di Lumut, ada terkorban

SITI AISHAH MD ISA