Dua beranak maut dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru–Mersing

Foto Polis

KOTA TINGGI, 2 Mei -Dua beranak maut selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Kilometer 71, Jalan Johor Bahru–Mersing, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang berusia 51 tahun dan anaknya 14 tahun meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
  • Kereta dipandu lelaki 56 tahun hilang kawalan, memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta lain.
  • Pemandu yang merupakan suami dan ayah mangsa cedera parah dan dirujuk ke ICU Hospital Sultan Ismail.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, mangsa 51 tahun dan anaknya 14 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Kejadian berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 56 tahun yang dinaiki bersama dua mangsa, hilang kawalan, lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemandu yang merupakan suami dan ayah mangsa, cedera parah dan dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, bagi mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.