fb fb fb fb fb

DSP Mohd Zain dilantik Ketua Polis Daerah Setiu

Majlis Serah Terima Tugas dan Menandatangani Dokumen antara Pemangku Asisten Komisioner (ASP) Burhanudin Mustafa kepada DSP Mohd Zain Mat Dris disaksikan Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin

SETIU, 20 Jun- Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Kelantan Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mohd Zain Mat Dris dilantik sebagai ketua Polis Daerah Setiu yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengisi kekosongan itu selepas bekas Ketua Polis Daerah Setiu sebelum ini Superintendant Afandi Husin dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

Majlis Serah Terima Tugas dan Menandatangani Dokumen antara Pemangku Asisten Komisioner (ASP) Burhanudin Mustafa kepada DSP Mohd Zain Mat Dris disaksikan Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin.

Pada majlis ini juga turut berlangsung serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Setiu antara pemangkunya ASP Azirah Arshad kepada Pengerusi yang baharu Kamsiah Rani yang turut disaksikan Pengerusi PERKEP Kontinjen Terengganu Datin Nur Haniza Jaafar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI