
LABUAN, 16 September – Dramatari “Awang Kamis iaitu Tari Anak Kota Merdeka” menterjemahkan semangat Hari Malaysia menerusi persembahan pelajar pelbagai latar bangsa di Kolej Matrikulasi Labuan (KML).
- Pementasan diadakan sempena penutupan Bulan Kebangsaan dan Karnival Memartabat Bahasa Melayu serta Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Citra Bahasa Melayu KML.
- Dramatari menyampaikan mesej perjuangan mempertahankan negara yang berubah mengikut peredaran zaman.
- Generasi hari ini perlu mempertahankan maruah, perpaduan dan masa depan negara menerusi ilmu.
- Bulan kebangsaan KML diisi pelancaran Jalur Gemilang serta pertandingan puisi, podcast, pantun, pidato dan pengucapan awam.
Pementasan diadakan sempena penutupan rasmi Bulan Kebangsaan dan Karnival Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) serta Citra Bahasa Melayu, KML.
Pengarah KML Hasnul Hadi Sariman dalam ucapannya berkata, dramatari berkenaan membawa mesej perjuangan mempertahankan negara yang berubah mengikut peredaran zaman
Menurutnya, jika generasi terdahulu berjuang untuk membebaskan dan mempertahankan tanah air, generasi hari ini pula berperanan mempertahankan maruah, perpaduan dan masa depan negara menerusi ilmu.
Teks ucapan disampaikan Timbalan Pengarah KML, Ustaz Syahmun Yahaya.
Pelbagai program mengisi bulan kebangsaan peringkat KML, antaranya pemasangan dan pelancaran kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Deklamasi Puisi, Pertandingan Audio Siar (Podcast), Pertandingan Pantun serta Pidato dan Pengucapan Awam.
Pementasan berlangsung di Dewan Serbaguna KML dihadiri Pengarah JaPen Labuan Ruddyansjah Mahtar Hams, Pengarah JPNIN Labuan Jessica Basat, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Howard Martin Kim Sung dan Penolong Pegawai Tadbir Tinggi di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Labuan Rosli Mat Jinun.