fb fb fb fb fb

Dr Muhammad Nur Manuty tokoh pemikir, pendidik dan pejuang – PM

Foto Facebook rasmi Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 26 Jun-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian sahabat karib beliau, Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, beliau amat terkesan dan sedih dengan berita pemergian Allahyarham kerana berkesempatan bertemu hanya beberapa hari yang lalu.

"Almarhum merupakan mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), selain bergerak sangat aktif di lapangan pemikiran agama, pendidikan dan intelektual serta KEADILAN", jelas beliau.

Datuk Seri Anwar turut berkongsi bahawa  kesempatan bertemu dengan Allahyarham beberapa hari sebelum pemergiannya, menambahkan lagi kesan mendalam terhadap berita sedih itu.

Perdana Menteri turut mendoakan agar roh Allahyarham diberikan keampunan dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada, selain mengharapkan keluarga Allahyarham terus diberi ketabahan menghadapi kehilangan tersebut.

“Mendoakan ruh beliau diberi keampunan oleh Yang Maha Esa dan diberi tempat bersama para syuhada, serta keluarganya diberi kekuatan, kecekalan, dan ketabahan oleh-Nya, Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Allahyarham Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dikenali sebagai tokoh ilmuwan dan aktivis yang komited terhadap perjuangan dakwah, pendidikan serta aktif dalam arena politik tanah air.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan merupakan antara tokoh penting dalam pengembangan wacana Islam di Malaysia.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD