fb fb fb fb fb

DOSM Perak pergiat sebar maklumat PADU

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Mohd Azlan Helmi (tengah)

TANJUNG MALIM, 9 Januari - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak akan diberi taklimat secara khusus bagi meluaskan hebahan dan penerangan berkaitan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di setiap kawasan.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Mohd Azlan Helmi berkata sesi libat urus itu akan dikelolakan sepenuhnya Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 18 Januari nanti.

Jelasnya, pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Perak akan mempergiatkan hebahan kepada masyarakat dengan pelbagai platform antaranya menerusi stesen radio PERAKfm.

"Setakat ini, seperti mana yang saya menguar-uarkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sentiasa ada di sana untuk berfungsi membantu masyarakat. Selain daripada kakitangan Jabatan Penerangan yang ditempatkan disitu.

"DOSM juga ditempatkan disitu. Tetapi anggota mungkin seorang, saya rasa buat setakat ini, PEDi berfungsi sebagai sebagai platform utama membantu masyarakat. Selepas ini kita akan lihat penyertaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri dan ahli parlimen Insya-Allah,"kata Mohd Azlan kepada pemberita semasa melawat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim sempena Lawatan Telekomunikasi ke kawasan Behrang dan Slim River.

Pada sesi itu, beliau turut meninjau tahap capaian internet dan talian di beberapa kawasan antaranya sektor industri, pendidikan dan kawasan setempat.

TETITIA YUSOFF