fb fb fb fb fb

MAINJ salur sumbangan bernilai RM300,000 kepada penduduk terjejas banjir

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid turun ke PPS menyantuni penduduk terjejas banjir

JOHOR BAHRU, 9 Januari- Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyampaikan sumbangan sebanyak RM300,000 bagi membantu penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Daripada jumlah tersebut RM100,000 disalurkan terus kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata baki RM200,000 lagi disumbangkan kepada 10 buah pejabat daerah dengan setiap daerah menerima RM20,000.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor Bahru.

Lebih 7,000 penduduk terjejas masih berlindung di  57 PPS melibatkan enam daerah di negeri berkenaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM