fb fb fb fb fb

JAKIM bantu percepatkan permohonan SPHM

Foto Hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan pihak pengusaha perkhidmatan juadah sempena Ramadan mendapatkan Sijil Pengesahan Halal (SPHM) lebih awal.

JAKIM menerusi satu kenyataan memaklumkan hebahan adalah bertujuan untuk menarik perhatian dan seruan kepada pihak berkaitan supaya membuat persediaan sewajarnya.

"Para pengusaha masih mempunyai masa selama dua bulan untuk memohon sebelum ketibaan bulan Ramadan.

JAKIM juga komited untuk memproses permohonan SPHM selama 30 hari dan akan memberikan keutamaan kepada permohonan SPHM yang berkaitan Bufet Ramadan," kata kenyataan itu.

Permohonan SPHM bagi mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan Bufet Ramadan adalah satu kelaziman pada setiap tahun.

Sementara itu, JAKIM akan menganjurkan program Halal on Track: Ramadan untuk memberikan pendedahan dan galakan kepada para pengusaha juadah sempena Ramadan untuk membuat permohonan SPHM.

Program tersebut menyasarkan kepada usahawan hotel, restoran, katering dan para peniaga bazar Ramadan.

Melalui program itu, para pengusaha juga boleh mendapatkan khidmat perunding halal secara langsung daripada JAKIM.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM