fb fb fb fb fb

Doktor kontrak dinasihat tidak sertai mogok

(Foto Hiasan)

JOHOR BAHRU, 2 April- Perkhidmatan kesihatan di Johor berjalan seperti biasa esok walaupun terdapat laporan mengenai gerakan mogok oleh doktor kontrak.

Jelas Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Aman Rabu, semua pengarah hospital di Johor  telah dinasihat memastikan semua kakitangan berada di tempat bertugas esok.

"Buat masa ini tidak ada konfrontasi mogok daripada doktor.

"Doktor kontrak dinasihat tidak menyertai mogok itu dan kami akan mengawal keadaan agar doktor di negeri ini tidak akan mengambil bahagian," katanya kepada pemberita di sini.

Tambah Aman, pihaknya tidak akan menerima permohonan cuti mengejut sepanjang tempoh 3 hingga 5 April ini.

Sekiranya terdapat kakitangan atau doktor yang terlibat di dalam mogok berkenaan, pihaknya akan memberikan nasihat terlebih dahulu sebelum tindakan tatatertib dibuat.

Terdahulu, terdapat laporan mengenai gerakan mogok oleh doktor kontrak yang dijangka berlaku esok hingga 5 April ini.


(Foto Hiasan)

Media Baharu