fb fb fb fb fb

Tiada penjualan ayam bulat melebihi harga siling - Salahuddin

(FOTO HIASAN)

BATU PAHAT, 2 April - Tiada peniaga yang menjual “ayam bulat” melebihi harga siling ditetapkan iaitu RM9.40 sekilogram dalam tempoh 10 hari Ramadan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata libat urus secara bersama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta pemain industri akan dilaksana sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi memastikan harga siling yang ditetapkan itu kekal hingga Aidilfitri nanti.

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),
Datuk Seri Salahuddin Ayub / FOTO FAIL)

"Apa yang saya perhatikan bukan sekadar setakat ini para penjaga patuh kepada harga siling RM9.40 tetapi masih ada lagi pasaraya-pasaraya besar yang menjual serendah RM7.99 dan ini sangat membantu sebenarnya," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan harga barangan keperluan di sebuah pasaraya, di sini.

Salahuddin turut memberi jaminan bekalan ayam dan telur sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri mencukupi untuk keperluan rakyat.

Media Baharu