fb fb fb fb fb

Dividen LTAT 2021: 4.1 peratus

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi 2021 adalah sebanyak 4.1 peratus.

Menurutnya menerusi satu ciapan di laman Twitter, kadar dividen tersebut merupakan yang tertinggi sejak tahun 2018.

“Sukacita saya ingin memaklumkan dividen LTAT tahun 2021 adalah sebanyak 4.1 peratus, merupakan yang tertinggi sejak 2018.

(Ismail Sabri)

“Tahniah Mindef (Kementerian Pertahanan) dan LTAT!,” katanya hari ini.

Beliau turut mendoakan Kementerian Pertahanan Malaysia, MINDEF dibawah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ATM, LTAT dan semua pemegang taruh kekal bekerjasama demi kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan anggota veteren ATM serta keluarga mereka.

Media Baharu