fb fb fb fb fb

SOP solat tarawih akan diketahui seminggu sebelum puasa -JAIM

BUKIT KATIL, 6 Mac- Prosedur operasi standard (SOP) solat tarawih yang bakal digunakan di Melaka hanya akan akan diketahui seminggu sebelum Ramadan, April ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, setakat ini SOP yang digunakan masih kekal seperti sebelum ini, iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan mengimbas applikasi Mysejahtera bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

"Insya-Allah pada seminggu sebelum hari puasa kita akan keluarkan pekeliling berkenaan berdasarkan keputusan daripada jawatankuasa fatwa serta atas cadangan semasa mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) nanti.

"Sebenarnya sepertimana sebelum ini kekal, masjid yang ada sekarang ini 185 buah manakala surau itu lebih kurang hampir 170 buah yang telah dibenarkan untuk mengadakan solat jumaat jadi kita teruskan solat terakwih juga," katanya selepas Program Pasca Perkahwinan Negeri Melaka Tahun 2022 ' Cinta Penghujung Senja' di sini.

(Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat)


Pada program berkenaan, kira-kira 20 pasangan diraikan semula di atas pelamin indah selepas berpuluh tahun berumahtangga.

Lebih menarik terdapat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama 48 tahun kembali dirai di pelamin sekali gus mengimbau kenangan manis mereka melalui pahit getir kehidupan bersama.

Program selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu disertai pasangan yang sudah lebih 25 tahun mendirikan rumah tangga melalui pengisian seminar, bengkel dan latihan selain pelbagai aktiviti kemesraan antara pasangan.

Media Baharu