fb fb fb fb fb

PJKM Kuala Pilah dapat sambutan hangat masyarakat setempat

 

KUALA PILAH, 6 Mac- Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Peringkat Parlimen Kuala Pilah buat kali kedua yang berlangsung hari ini di Dataran Melang mendapat sambutan masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Syith yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata, tawaran lebih rendah daripada harga pasaran itu jelas membantu perbelanjaan harian orang ramai.

Tambahnya, pelaksanaan PJKM oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga satu daripada inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

"Ini inisiatif yang dibuat oleh KPDNHEP, kita berterima kasih terutama dengan KPDNHEP Kuala Pilah yang mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan dalam jualan ini harga-harga barangan yang penting ini dapat dikawal, bukan sahaja dikawal, malah dijual pada kadar yang lebih rendah daripada harga pasaran, ini satu perkara yang saya fikir menggembirakan rakyat," kata Eddin.

Program jualan tersebut menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga berpatutan seperti ayam, ikan, telur, sayur-sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras dan barangan keperluan rumah terpilih.

PJKM dianjurkan setiap minggu secara serentak di kawasan Parlimen dan lokasinya berdekatan dengan golongan sasar iaitu golongan B40 dan M40.

 

(Datuk Eddin Syazlee Syith melawat Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Kuala Pilah buat kali kedua yang berlangsung hari ini di Dataran Melang)

Media Baharu