TELUK INTAN, 27 Mei- Seorang pesara kerugian hampir RM1 juta selepas terpedaya sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis.
Wanita berusia 74 tahun itu menerima panggilan telefon pada 9 Mei lalu di rumahnya.
Mangsa dikatakan mempunyai tunggakan cukai syarikat, selain didakwa terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata sejak itu, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM845,450 secara berperingkat ke dalam 14 akaun bank.
(Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri)
Selain itu, suspek juga memberi tempoh sebulan kepada mangsa untuk menjual rumah bagi tujuan semakan.
Mangsa menyedari ditipu selepas meminta rakannya untuk mencari ejen bagi penjualan rumah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.