(Melukis batik, antara aktiviti Minggu Perpaduan peringkat negeri Selangor)
SHAH ALAM, 27 Mei- Sebanyak 909 kawasan Rukun Tetangga di Selangor menerima Geran Rukun Tetangga sebanyak RM5.454 juta.
Menurut Exco Perpaduan, Dr Siti Mariah Mahmud, geran itu merupakan geran pengurusan untuk digunakan bagi tujuan pengurusan dan aktiviti bertemakan perpaduan dalam kalangan komuniti di kawasan Rukun Tetangga.
"Saya ingatkan KRT, bukan itu sahaja sumber mereka asalkan di Selangor kita ada ADUN, Ahli Parlimen ahli Majlis, program kita perpaduan mesti jangan jangan bekerja sendiri.
"KRT di Selangor sangat baik dari segi gerak kerja mereka dan juga kerjasama dengan ADUN banyak program yang dianjurkan dan kita bersama dengan mereka,"kata Dr Siti Mariah.
Jelas Siti Mariah, setiap kawasan Rukun Tetangga yang aktif menerima peruntukan sebanyak RM6,000 setahun.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan peringkat negeri Selangor 2023 di Taman Tasik Shah Alam.
Sempena sambutan ini, seramai 5,000 pengunjung menyertai pelbagai program seperti larian perpaduan, piknik perpaduan, persembahan kebudayaan, pameran agensi kerajaan dan jualan produk.
Sambutan bertemakan 'Perpaduan dalam Kepelbagaian' ini akan diteruskan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi esok.
(Exco Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud)