KUALA LUMPUR, 28 Ogos - Tiga usul Kementerian Kewangan diluluskan Dewan Rakyat dengan majoriti suara menyokong.
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying membacakan usul itu melibatkan sumbangan Malaysia kepada Program Dana Ke-21 Persatuan Pembangunan Antarabangsa, penutupan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Kewangan Mangsa Serangan Binatang Buas dan pemindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).
Mengikut peruntukan subseksyen bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), majlis ini majlis ini mengambil ketetapan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM30 bilion bawah subseksyen 3(1) akta sama, iaitu baki wang terimaan pelaburan Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Investment Issue – MGII) bagi tempoh Januari hingga Julai 2025, ke Kumpulan Wang Pembangunan," katanya.
Pindahan itu bertujuan membiayai sebahagian keperluan perbelanjaan pembangunan negara.