fb fb fb fb fb

Dewan Negara lulus RUU Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022.

Ia bagi menjadikan daerah Segamat, Johor sebagai sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith.

Ketika menggulung perbahasan, beliau menjelaskan perancangan khusus untuk membangunan daerah Segamat dalam ECER. Katanya, cadangan pembangunan adalah berpandukan Pelan Induk 2.0 2018-2025.


(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith/BERNAMA)

"Pembangunan daerah Segamat yang akan diberi keutamaan iaitu hab perniagaan tani, hab logistik Segamat inland port, penyelidikan industri buatan, hab pelancongan, Taman Negara Endau Rompin, pelancongan, peningkatan infrastruktur sistem pengangkutan darat dan kesalinghubungan dan akhir sekali program pembangunan modal insan", katanya.

Bagi mencapai sasaran pelan induk ECER, Datuk Eddin Syazlee berkata, ECERDC telah menjalankan promosi pelaburan secara agresif melalui misi pelaburan ke Korea dan Jerman. Juga, pelaksanaan siri taklimat bersama pelabur berpotensi.

"Selain itu, kerjasama rapat melalui sesi libat urus juga dengan rakan strategik telah dilakukan seperti kerajaan negeri maida, kedutaan , Petronas dan dewan perniagaan juga dijalankan.

"Ini termasuk pakej insentif ECER dan pakej insentif khas Kelantan telah menjadi salah satu faktor dalam menjadikan wilayah ECER sebagai salah satu destinasi pelaburan asing dan tempatan yang menarik", katanya.

Media Baharu