fb fb fb fb fb

Deretan gerai buah-buahan musnah dalam kebakaran

Deretan gerai buah-buahan di Batu 9, Jalan Kuching-Serian musnah dalam kebakaran

KUCHING, 20 September - Deretan gerai buah-buahan di Batu 9, Jalan Kuching-Serian musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.22 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa tiba di lokasi enam minit kemudian.

Kebakaran itu membabitkan hampir 100 peratus gerai berkenaan. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.

Operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Batu Lintang dan BBP Siburan, melibatkan seramai 19 anggota dengan kekuatan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Compact Fire Rescue Tender (CFRT).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI