fb fb fb fb fb

DDI pengukur prestasi utama pelaburan negara - Tengku Zafrul

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 April- Majlis Pelaburan Negara menetapkan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) sebagai pengukur kepada prestasi utama bagi menjana pelaburan dalam negara.

Ia selepas perbincangan projek pelaburan baharu yang dilaksana menerusi siri lawatan ke beberapa syarikat tempatan yang berpotensi di setiap negeri.
 
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia menjadi usaha kerajaan dalam mengimbangi jumlah nilai pelaburan ekonomi seluruh negara untuk kekal mampan.

"Program ini adalah bagi menyerlahkan lagi potensi pelaburan di setiap negeri dan selanjutnya kita nak memperkukuhkan lagi pertumbuhan pelaburan domestik.

"Ini melalui ketersediaan maklumat terkini dan juga landskap pelaburan ekonomi di setiap negeri," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator, Datuk Husain Awang di Dewan Negara di sini.

Dewan Negara diberitahu, ia juga dilihat berupaya meningkatkan keterangkuman ekonomi dan jaringan pelaburan domestik jangka masa panjang.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM