fb fb fb fb fb

470 mangsa penipuan sindiket pekerjaan dilaporkan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR, 4 April - Seramai 470 orang dilaporkan menjadi mangsa penipuan sindiket pekerjaan bagi tahun 2021 hingga kini.

Daripada jumlah tersebut, 331 mangsa berjaya diselamatkan manakala 139 masih terkandas di negara terbabit.

Jelas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, usaha untuk membawa pulang mangsa terkandas terus dipergiat menerusi kerjasama dengan negara berkaitan.

Bagi mengelakkan insiden sama berulang antaranya adalah dengan mengenal pasti ejen pekerjaan yang terlibat sindiket itu.

"Tindakan yang diambil termasuklah kita libatkan dengan negara kita yang berada disana seperti Kemboja, Thailand, Myanmar, Laos dan ada lagi yang kedua kita kenal pasti sindiket atau dalang terutama ejen pekerjaan di Malaysia.

"Kita cari keberadaan mereka apabila kes yang kita selamatkan kita akan adakan siasatan komprehensif, ia mesti berakhir dengan pendakwaan," kata Saifuddin di Dewan Negara bagi menjawab soalan daripada Senator Rita Sarimah Patrick Insol.

Langkah lain dilaksana bagi mengelakkan lebih ramai rakyat terjerumus menjadi mangsa, termasuklah menerusi paparan elektronik di lapangan terbang.

Dalam pada itu Saifuddin berkata kerajaan komited membawa isu jenayah sindiket penipuan pekerjaan sebagai salah satu daripada 10 agenda utama dalam Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Ini bagi memastikan isu tersebut mendapat perhatian khusus dalam kalangan negara anggota.

"Kita negara terkedepan kita menjadi pengerui ASEAN, kitalah mencadangkan tajuk jenayah penipuan pekerjaan ini dimasukkan dalam satu daripada agenda 10 agenda keutamaan yang kita akan bawa apabila mempengerusikan ASEAN tahun depan," katanya.

Menyentuh mengenai sindiket penipuan pekerjaan di negara ini, beliau memaklumkan Selangor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi diikuti Johor dan Sarawak.

Kearah itu, usaha membanteras jenayah itu terus dipergiat menerusi kerjasama antara agensi selain turut memperkasa kempen kesedaran mengenai sindiket berkenaan.

TETITIA YUSOFF