fb fb fb fb fb

DBKL laksana inisiatif kurangkan kesesakan lalu lintas ekoran peningkatan jumlah kenderaan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Sejumlah 38.44 juta kenderaan telah dicatatkan memasuki Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Disember 2021.

Ia menyaksikan kenaikan pergerakan kenderaan sebanyak 45 peratus berbanding 26.5 juta kenderaan pada Disember 2019.

Menurut Timbalan Menteri wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, situasi itu menjadi penyumbang terbesar kepada kesesakan yang berlaku di kawasan itu.

Susulan itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini sedang melaksanakan beberapa inisiatif bagi meredakan kesesakan lalu lintas dengan mengambil tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mengatasi punca kesesakan yang telah dikenal pasti.

"Pertama, melarang kenderaan parkir di bahu jalan, yang kedua kita dalam proses untuk menghapuskan kesemua tempat letak kereta di jalan-jalan utama, yang ketiga melarang penjaja berniaga di bahu jalan semasa waktu puncak, kalau ada peniaga berniaga pada waktu puncak kita akan melakukan penguatkuasaan,keempat mengemaskini papan-papan tanda serta kelima
mencadangkan lorong akses plaza tol ditukar supaya menjadi 'multipurpose' ataupun pelbagai guna,"katanya.

Menurut Jalalaluddin lagi, faktor lain yang menjadi penyumbang kepada kesesakan jalan raya termasuklah kurangnya penggunaan pengangkutan awam, jumlah penutupan lalu lintas susulan projek pembinaan penyelenggaraan, kemalangan serta kemasukan kenderaan dan jentera berat ketika waktu yang tidak dibenarkan.

Aktiviti penjaja yang tidak dibenarkan turut menjadi faktor kepada kesesakan jalan raya.


(Timbalan Menteri wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias)

Media Baharu