fb fb fb fb fb

Kerajaan sasar lima syarikat pemula berstatus 'Unicorn' menjelang 2025

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Cradle Fund Sdn Bhd dan Microsoft Malaysia bekerjasama memperkasa syarikat permulaan tempatan menerusi program 'Microsoft for Startups Founders Hub'.

Menerusi program tersebut, syarikat terlibat diberi akses untuk meningkatkan kemahiran dan panduan dari segi teknikal sekali gus memperkukuh ekosistem syarikat permulaan.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba, kolaboratif tersebut akan menjadi pemangkin pertumbuhan dan pembangunan syarikat permulaan.

Ia juga sejajar usaha kerajaan mewujudkan lima syarikat berstatus 'Unicorn' menjelang 2025.

"Komitmen kita adalah untuk menyediakan sokongan kepada lebih 5,000 syarikat pemula. Dengan sasaran lima daripadanya berstatus 'Unicorn' menjelang 2025. Satu dah bersedia, dua lagi akan menyusul pada tahun ini.

Saya harap sasaran kita, tercapai. Pada masa yang sama, kita ingin meningkatkan bilangan-bilangan pengekod kepada 10,000 menjelang tahun 2030," kata Adham Baba ketika berucap pada majlis pemeteraian Perjanjian Persefahaman MoU antara Cradle Fund Sdn Bhd dan Microsoft Malaysia.


(Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata demikian ketika ucapannya pada majlis
permeteraian tersebut di ibu negara)

Tambahnya, usahawan syarikat permulaan juga perlu mengambil peluang memanfaatkan kepakaran syarikat bertaraf antarabangsa seperti Microsoft bagi meneroka pasaran global.

Media Baharu