fb fb fb fb fb

DBKL kekal berkhidmat untuk warga kota menjelang lebaran

KUALA LUMPUR, 30 April- Perkhidmatan perbandaran yang disedia Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diteruskan seperti biasa meski kebanyakan warga kota telah pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Secara keseluruhan, hampir 2,000 penguat kuasa DBKL akan bertugas sepanjang cuti perayaan Aidilfitri.

Menurut Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, Datuk Anwar Mohd Zain, bilik gerakan juga kekal dibuka setiap hari selama 24 jam bagi menerima sebarang aduan daripada masyarakat.

"DBKL akan sentiasa memastikan kita punya perkhidmatan kepada warga kota yang tinggal di bandar raya ini masih lagi diteruskan. Antaranya, kita telah membuka bilik gerakan khas sempena hari raya ini di mana semua aduan atau apa sahaja panggilan boleh disalurkan ke sini dan kita akan ada pasukan untuk bertindak," kata Anwar kepada pemberita RTM dalam satu temu bual.


(Foto BERNAMA)

Persediaan menghadapi situasi kecemasan termasuk banjir dan banjir kilat telah dilaksana selain lokasi penempatan sementara untuk penduduk terjejas juga disediakan.

Media Baharu