fb fb fb fb fb

ETS pilihan perantau elak kesesakan balik berhari raya

KUALA LUMPUR, 30 April- Cepat, selesa dan paling utama menjadi alternatif mengelak kesesakan jalan raya, antara faktor utama mengapa golongan perantau memilih perkhidmatan tren elektrik, ETS untuk pulang ke kampung halaman.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam megumumkan, bagi perkhidmatan ETS, sebanyak 130,361 tiket atau 82 peratus bagi 82 perjalanan terjual manakala sebanyak 3,751 tiket atau 85 peratus bagi ETS tambahan (KL Sentral-Padang Besar) terjual.

Beliau berkata, bagi perkhidmatan antara bandar pula sebanyak 19,268 tiket atau 24 peratus terjual manakala bagi Ekspres Khas Keluarga Malaysia (KL Sentral-Tumpat) 1,146 tiket atau 82 peratus terjual.

Malah, jumlah itu lebih tinggi berbanding 2 tahun tahun lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Jumlah tiket yang terjual tersebut merangkumi ETS, ETS Tambahan, KTM Intercity, dan Ekspress Khas Keluarga Malaysia.

Perkhidmatan ETS biasa merangkumi 32 perjalanan, dari Kuala Lumpur ke Padang Besar.

Bagi Mohd Nazir Jasin yang berasal dari Perlis, ETS sememangnya pilihan tepat mengelak berada berjam-jam lamanya di atas jalan raya.

"Kebiasaannya, kalau bukan pada waktu cuti perayaan seperti hari raya pun sudah mengambil masa sehingga 8 jam, apatah lagi kalau jalan sesak boleh menjadi sehingga 14 jam, jadi ETS la penyelesaiannya," katanya kepada Berita RTM.

Sementara itu, Mohd Hamizat berkata, pengalamannya menghadapi kesesakan di lebuh raya pada musim perayaan terutama tahun sebelum negara dilanda COVID-19 menjadi kayu pengukur untuknya bersedia lebih awl merancang perjalanan pulang ke kampung.

(Perkhidmatan ETS biasa merangkumi 32 perjalanan, dari Kuala Lumpur ke Padang Besar)

"Tahun-tahun sebelum ni perjalanan balik ke negeri-negeri Utara pun dah mengambil masa sampai 14 ja, jadi saya sekeluarga dah serik, naik ETS sahaja tahun ini, lebih mudah, jimat masa, sampai cepat," katanya.

Seorang lagi perantau dari Sungai Petani, Mohd Firdaus Fazil berkata, perjalanan yang singkat mengelakkan dinya keletihan terutama ketika menjalani ibadah puasa.

"Saya mahu sampai cepat, tak sabar nak bertemu keluarga, Kalau saya nak balik ke Sungai Petani, jarak perjalanan ETS ini bertolak pukul 9.50 pagi, sebelah petang dalam pukul 2.15 saya dah sampai.

"Kalau saya gunakan lebuh raya, kesesakan dijangka luar biasa, .mungkin 10 jam, tak sanggup rasanya," katanya.

Bagi laluan Pantai Timur, tren tambahan Ekspres Khas Keluarga Malaysia telah melakukan perjalanan pertama, semalam.

Laporan wartawan Berita RTM, Mohan Chinnasamy.

Media Baharu